TUFA

Kejohanan Jemputan Pentas Terbaik TUFA Timba Pengalaman Berharga

Facebook
Twitter
Pinterest
WhatsApp
Telegram

Kejohanan jemputan empat pasukan yang dianjurkan TOT United Futsal Academy (TUFA) bermula pagi esok bakal menjadi pentas terbaik buat pasukan tersebut dalam menimba pengalaman berdepan pasukan-pasukan futsal berpengalaman.

Selain TUFA selaku tuan rumah, kejohanan yang sudah memasuki edisi keempat dan berlangsung di Manjung Indoor Sport Arena itu turut menampilkan pasukan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), University of Nottingham Malaysia (UONM) dan RHD.

Lebih menarik untuk diperkatakan tentang penganjuran kejohanan ini ialah tiadanya hadiah kemenangan berupa wang tunai seperti kebiasaan kepada pemenang dan mereka hanya akan diberikan trofi.

Pendedahan untuk menikmati aksi futsal di tahap yang lebih tinggi serta memberikan peluang buat warga futsal terlibat dalam mengukuhkan ukhawah sesama mereka menjadi keutamaan penganjuran kejohanan ini.

Selain itu, kejohanan ini juga menjadi pentas cukup berguna buat para pemain muda TUFA untuk menimba pengalaman beraksi menentang pasukan-pasukan yang rata-rata dibarisi pemain berpengalaman dalam kancah futsal tanah air.

Jadua perlawanan Kejohanan Jemputan TUFA 2020.

Ia dinyatakan oleh ketua jurulatih TUFA, Faris Sidek apabila beliau menganggap peluang penganjuran kejohanan selama dua hari ini harus digunakan oleh anak buahnya dalam menikmati sesuatu yang lebih berharga berbanding wang ringgit.

”Kesempatan berdepan pasukan-pasukan yang terdiri daripada pemain yang pernah beraksi dalam saingan Liga Futsal Kebangsaan dan Liga Premier Futsal Malaysia perlu digunakan sebaiknya oleh barisan pemain saya.”

”Selain itu saya turut mengharapkan edisi kali ini para pemain dapat memberikan saingan sengit kepada pasukan lain walaupun kami tidak meletakkan sebarang sasaran.”

”Apa yang penting gunakan peluang ini untuk mempamerkan keupayaan masing-masing dan dapat memberikan aksi terbaik pada kejohanan esok,” tambah Faris lagi.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart
Subscribe Now & Unlock 10% Discount! Don't miss out on amazing deals! Click the 'Subscribe' button to receive an exclusive 10% discount on your next purchase. Stay updated with the latest offers and promotions from us! No Subscribe