Sepakan penalti

5 Tips Buat Penjaga Gol Futsal Untuk Selamatkan Sepakan Penalti

Facebook
Twitter
Pinterest
WhatsApp
Telegram

Sepakan penalti merupakan saat genting yang dihadapi oleh pemain futsal samada pemain yang akan melakukan sepakan atau juga buat penjaga gol yang akan berusaha mengggagalkan sepakan itu.

Penjaga gol yang bertanggungjawab juga pastinya menggalas harapan besar rakan sepasukan supaya dapat menidakkan peluang gol buat pasukan lawan bagi memperoleh kemenangan terutamanya ketika perlawanan berlanjutan ke penentuan sepakan penalti.

Terdapat beberapa perkara penting yang perlu diamalkan oleh penjaga gol dalam usaha menghadirkan kegembiraan buat rakan sepasukan seterusnya membuatkan pemain lawan kecewa dek kerana ketangkasan anda menafikan usaha mereka.

Ketahui cara yang boleh dilakukan oleh penjaga gol bagi menghadapi sepakan penalti dari pihak lawan :

1) Elakkan dari merebahkan badan

Pintu gol futsal yang kecil tidak memerlukan anda untuk merebahkan badan bagi menyelamatkan percubaan sepakan penalti lawan.

Hal ini kerana dalam futsal juga jarang dapat dilihat pemain yang melakukan rembatan bawah ketika mengambil sepakan penalti.

Istilah “block dont dive” sangat sesuai dalam keadaan ini.

Pastikan anda dalam keadaan bersedia untuk melakukan tindakbalas sepatutnya bagi menangkis serangan.

2) Memerlukan kepantasan

Anda perlu mempunyai tindakbalas (refleks) yang baik bagi menghadapi situasi ini.

Kepantasan refleks anda juga memerlukan kepantasan pada kaki dan tangan anda untuk bertindak.

Posisi anda sebelum sepakan juga memainkan peranan penting membolehkan anda bergerak pantas dalam membuat hadangan terhadap sepakan penalti tersebut.

Pergerakan anda juga perlu pantas dalam usaha ini dan terlewat sesaat akan membuatkan anda kecewa di gawang gol.

3) Tahap konsenstrasi yang tinggi

Fokus 100% penumpuan terhadap situasi yang bakal anda hadapi itu.

Gunakan cara yang anda selesa bagi mendapatkan fokus tersebut seperti menarik nafas atau membaca ayat mengikut agama masing-masing untuk mendapatkan ketenangan.

Elakkan dari dipengaruhi oleh psikologi dari pemain mahupun penyokong pasukan lawan yang mungkin akan menjejaskan tumpuan anda.

4) Keberanian

Seorang penjaga gol semestinya memerlukan keberanian di tahap yang tinggi.

Bahasa tubuh yang anda pamerkan juga mampu menunjukkan bahawa anda seorang yang berani atau tidak.

Sekiranya anda dilihat tidak berani, ianya merupakan senjata buat pemain pasukan lawan.

Anda juga perlu berani dan yakin bagi fokus untuk tuju kearah mana yang akan dipilih oleh anda dalam usaha menyelamatkan sepakan tersebut.

Kemana sahaja arah yang anda pilih perlulah dilakukan dengan berani supaya anda tidak teragak-agak dalam membuat keputusan genting itu.

5) Baca cara tendangan pemain lawan

Menjadi kelebihan sekiranya anda menghadapi pemain yang anda sudah arif mengenai teknik sepakannya.

Anda akan mengetahui apakah jenis sepakan yang akan dilakukannya samada rembatan padu terus mahupun placing atau sepakan tipu helah yang akan dilakukannya dan arah mana yang sering menjadi pilihan.

Kesimpulan

Kesemua yang dinyatakan adalah antara panduan yang mungkin boleh anda (penjaga gol) praktikkan ketika menghadapi situasi sepakan penalti.

Latihan yang berterusan juga diperlukan oleh anda untuk meningkatkan ketangkasan dan kemahiran dalam usaha menggagalkan sepakan lawan.

Jangan kecewa jika bolos, ingatlah bahawa sepakan penalti adalah situasi 50/50 dan apa sahaja keputusan 100% bergantung pada nasib.

Kredit foto: Auckland Football Federation

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart
Subscribe Now & Unlock 10% Discount! Don't miss out on amazing deals! Click the 'Subscribe' button to receive an exclusive 10% discount on your next purchase. Stay updated with the latest offers and promotions from us! No Subscribe