6 Tips asas ketika membeli kasut futsal

Facebook
Twitter
Pinterest
WhatsApp
Telegram

1) Sila kenal pasti sama ada kasut itu diperbuat dari bahan yang mudah kembang atau tidak. Secara asas kasut futsal dari bahan kulit adalah mudah kembang. Oleh itu anda perlu memilih saiz yang betul-betul tepat dengan kaki anda.

2) Pakai stokin yang anda ingin gunakan sewaktu bermain supaya anda mendapat rasa yang tepat dan selesa. Hal ini kerana stokin yang kami sediakan mungkin ada perbezaan sedikit dari segi ketebalan. Ada 2 pilihan buat anda iaitu bawa stokin sendiri atau beli stokin yang sama yang disediakan oleh EFS ketika anda mencuba tadi.

3) Selepas memakai kasut dan saiz pilihan anda, sila cuba keselesaannya dengan berjalan sedikit di dalam kedai. Anda boleh rasakan adakah kasut ini longgar atau ketat. Namun jangan pula anda membuat aksi yang berlebihan seperti berlari sehingga keluar kedai atau menendang bola berulang kali. 

4) Cuba beberapa saiz sebelum membuat keputusan saiz yang betul-betul sesuai dengan anda. Sebagai contoh jika saiz kaki anda adalah 7.5uk, anda mungin juga boleh cuba saiz 7uk atau 8uk supaya anda boleh buat keputusan dengan lebih tepat.

5) Terdapat sesetengah pemain memerlukan ‘insoles’ khas ketika beliau bersukan. Jika anda salah seorang daripadanya, sila bawa ‘insoles’ tersebut apabila anda ingin datang membeli kasut futsal

6. Akhir sekali, buat pembeli secara atas talian atau “online” , sila lihat carta saiz yang efsworldwide.com sediakan pada setiap kasut. Lain jenama mungkin mempunyai carta saiz yang berbeza. Jika anda masih kurang yakin sila hubungi pegawai khidmat pelanggan kami melalui email ataupun whatsapp. Namun jangan khuatir jika anda mendapat saiz yang kurang tepat,di EFS kami ada memberi peluang kepada anda untuk buat pertukaran dalam masa 7 hari selepas pembelian.

Semoga 6 tips di atas sedikit sebanyak membantu anda dalam membeli kasut denganlebih baik.

7 thoughts on “6 Tips asas ketika membeli kasut futsal”

  1. Hello! I’ve been reading your web site for some time now and finally got the bravery to go ahead and give you a shout out from
    Huffman Texas! Just wanted to tell you keep up
    the good job!

  2. I’m gone to say to my little brother, that he
    should also pay a visit this blog on regular basis to get updated
    from most up-to-date news update.

Leave a Reply to luxury replica watches Cancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart
Subscribe Now & Unlock 10% Discount! Don't miss out on amazing deals! Click the 'Subscribe' button to receive an exclusive 10% discount on your next purchase. Stay updated with the latest offers and promotions from us! No Subscribe