1v1

6 Tips Berguna Untuk Anda Kecewakan Penjaga Gol Lawan Dalam Situasi 1v1

Facebook
Twitter
Pinterest
WhatsApp
Telegram

Setiap peluang yang dimiliki oleh pasukan anda dalam sesuatu perlawanan merupakan peluang yang sangat berharga dan perlu disempurnakan dengan baik.

Melepaskan peluang keemasan untuk menghasilkan jaringan perlu dielakkan bagi memudahkan pasukan anda untuk meraih kemenangan pada perlawanan tersebut.

Sekiranya anda berhadapan dengan situasi 1v1 (satu lawan satu) dengan penjaga gol lawan, itu merupakan keadaan yang jarang ditemui namun keadaan ini adalah peluang terbesar untuk anda menjaringkan gol.

Situasi satu lawan satu kelihatan mudah untuk disempurnakan namun hakikatnya seseorang pemain masih sukar untuk menembusi penjaga gol lawan sekiranya peluang terhidang ini diraih.

Dalam artikel kali ini kami sertakan 6 tips berguna bagaimana untuk membolosi gawang lawan dalam situasi satu lawan satu :

1) Merembat ke sudut hujung di bahagian bawah (far bottom corner).

Ini merupakan cara terbaik bagi menghasilkan jaringan dalam situasi satu lawan satu. Penjaga gol kebiasaannya akan sukar untuk menjangkakan sepakan kearah kawasan tersebut.

Namun harus diingat rembatan ini perlu dilakukan sekiranya anda berada di kedudukan dari bahagian sayap dan bukannya ketika berada di bahagian tengah.

2) Tendangan ‘placing’ yang tepat

Keadaan ini tidak memerlukan anda menyepak dengan terlalu kuat. Apa yang diperlukan adalah ketepatan dalam melakukan ‘placing’ bagi menjaringkan gol.

Placing yang tepat juga menyukarkan penjaga gol dalam usaha menggagalkan usaha tersebut. Antara pemain tempatan yang mempunyai kelebihan ini adalah Abu Haniffa (Pahang Rangers) dan Faizul Azuan Ramli Sharip (Perak).

3) Tendangan melepasi celah kaki penjaga gol lawan

Dalam situasi satu lawan satu, penjaga gol kebiasaannya akan menutup segala sudut serta sebarang kemungkinan tendangan kearahnya.

Penjaga gol juga akan melebarkan kaki dan tangan mereka bagi menghadapi situasi ini. Tendangan melepasi celah kaki penjaga gol merupakan tendangan yang pasti tidak disangka-sangka oleh mereka.

Ketepatan dalam sepakan sangat diperlukan dalam usaha melepasi bola dari celahan kaki penjaga gol itu.

4) Acahan terhadap pertahanan atau penjaga gol lawan (fake shot)

Tendangan ini boleh dilakukan sekiranya anda mempunyai lebih ruang dan waktu untuk melakukan acahan bagi membuat rembatan dalam melakukan percubaan.

Walaupun tendangan ini mempu memberikan peluang buat pertahanan untuk kembali mencuri bola, tetapi ia akan menjadi satu peluang yang efektif sekiranya berhasil kerana akan membuatkan penjaga gol lawan menjangkakan bola akan kearah berlawanan.

5) Percubaan ‘lob’ melepasi jangkauan penjaga gol

Percubaan sebegini boleh dilakukan sekiranya penjaga gol sudah jauh dari kawasan gol. Tentukan kekuatan dan ketinggian yang sesuai sebelum anda melakukan percubaan tersebut.

Ketenangan dan ketepatan juga sangat dititikberatkan dalam melakukan percubaan ini. Merupakan keadaan yang jarang dapat dilihat dalam futsal.

6) Gunakan kederasan larian untuk melepasi penjaga gol

Keadaan ini juga jarang dapat dilihat dalam futsal. Namun sekiranya anda mempunyai kelebihan dalam larian dan melihatkan penjaga gol sudah terkeluar dari kawasannya, anda boleh mencuba untuk melepasi penjaga gol.

Kepantasan yang dimiliki menyukarkan penjaga gol untuk kembali mengejar anda bagi menyelamatkan keadaan.

Kredit foto: Perak Futsal

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart
Subscribe Now & Unlock 10% Discount! Don't miss out on amazing deals! Click the 'Subscribe' button to receive an exclusive 10% discount on your next purchase. Stay updated with the latest offers and promotions from us! No Subscribe