Joma Futsal Hadir Dengan Teknologi “Rebound”

Facebook
Twitter
Pinterest
WhatsApp
Telegram

Seperti yang ramai sedia maklum, jenama Joma merupakan antara jenama futsal terbaik di dunia. Kini semakin ramai pemain futsal profesional menjadikan kasut futsal Joma sebagai senjata mereka untuk beraksi hebat digelanggang futsal.

Pada tahun 2019, Joma telah membuat satu revolusi pada kasut futsal model Joma Topflex dan Joma Super Regate dengan menambahkan teknologi “rebound” pada bahagian midsole kasut tersebut.

Teknologi “rebound” membantu dalam memberi impak dan lonjakan yang lebih baik kepada setiap langkah yang anda buat. Justeru penggunaan tenaga anda akan lebih cekap dan tidak dibazirkan begitu sahaja. Dengan adanya teknologi “rebound” anda hanya perlu menggunakan tenaga yang sedikit untuk mendapat impak yang lebih besar.

Aksi Farikh ketika mewakili perlawanan persahabatan menentang New Caledonia
Harith Naim dan Awaludin yang kini mewakili pasukan futsal Pahang Rangers

Pastinya teknologi ini mampu meningkatkan lagi mutu permainan pemain-pemain futsal yag memakainya. Di Malaysia ,beberapa pemain futsal kebangsaan memang gemar menggunakan Joma Topflex Rebound atau Joma Regate Rebound seperti Muhammad Farikh yang bermain untuk Perak Futsal dan Ahmad Harith Naim serta Awaluddin yang bermain untuk Pahang Rangers.

Dari segi posisi pula kasut ini lebih digemari oleh pemain yang bermain di posisi fixo dan pivot kerana “rebound technology” juga mampu memberi lebih kestabilan kepada pemakai ketika beraksi. Di EFS terdapat 4 warna untuk model Joma Topflex Rebound dan 1 warna untuk Joma Regate Rebound. Boleh dapatkan dicawangan kami di Ipoh dan Shah Alam atau beli secara online di efsworldwide.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart
Subscribe Now & Unlock 10% Discount! Don't miss out on amazing deals! Click the 'Subscribe' button to receive an exclusive 10% discount on your next purchase. Stay updated with the latest offers and promotions from us! No Subscribe