VIDEO: Leo Higuita Antara Goleiro Kental Yang ‘Berkaki Hidup’

Facebook
Twitter
Pinterest
WhatsApp
Telegram

Kepentingan mempunyai goleiro yang berkaki ‘hidup’ semakin dititikberatkan oleh kebanyakkan pasukan sekarang. Lihat sahaja video yang kami kongsikan dengan anda. Leo Higuita, goleiro pasukan futsal Kazakhstan dan kelab futsal AFC Kairat banyak membantu pasukan beliau dalam merencanakan serangan ke pihak lawan.

Tidak dinafikan kriteria utama menjadi seorang goleiro pastilah kekentalan dan ketangkasan dalam menafikan setiap percubaan musuh . Namun memiliki goleiro persis Leo Higuita yang mampu beraksi dan mengawal bola dengan baik juga pasti menjadi idaman ramai jurulatih diluar sana.

Aksi Leo Higuita ketika menentang FC Barcelona futsal.

Beliau dan rakan sepasukan baru sahaja melepasi pusingan kelayakan futsal Eropah yang sekaligus layak ke Piala Dunia Futsal 2020 yang akan berlangsung di Lithuania pada tahun ini. Pastinya aksi beliau akan menjadi tumpuan ramai untuk edisi kali ini.

Di Malaysia pada peringkat Malaysia Premier Futsal League (MPFL) iaitu liga futsal tertinggi di Malaysia, kami lihat hanya beberapa goleiro sahaja yang mampu mengawal bola dengan baik seperti goleiro pasukan Pahang Rangers, Afiq Rahman dan bekas goleiro juara MPFL 2019, Selangor MAC iaitu Azrin Adnan.

Bagi mereka yang bermain di posisi goleiro, kami sarankan anda berlatih dalam menghidupkan kaki anda. Mungkin peluang anda untuk pergi lebih jauh akan terbuka luas.

Kredit video: Retro Agugai

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart
Subscribe Now & Unlock 10% Discount! Don't miss out on amazing deals! Click the 'Subscribe' button to receive an exclusive 10% discount on your next purchase. Stay updated with the latest offers and promotions from us! No Subscribe