Video: Jaringan sepakan gunting Pito masih belum mampu membantu Brazil tewaskan Argentina

Facebook
Twitter
Pinterest
WhatsApp
Telegram

Pusingan kelayakkan Piala Dunia Futsal untuk benua Amerika Selatan baru sahaja melabuhkan tirai. 4 pasukan berjaya menempatkan diri ke Piala Dunia Futsal 2020 yang akan berlangsung di Lithuania iaitu Argentina, Brazil, Paraguay and Venezuela.

Pelbagai jaringan menarik yang berjaya dilakar sepanjang pusingan kelayakkan kali ini. Namun ia akan jadi lebih sensasi bila anda berjaya melakukan gol dengan sepakan gunting ketika perlawanan akhir. Itu apa yang telah dilakukan oleh Pito, pemain futsal Brazil ketika menentang seteru utama mereka Argentina. Namun jaringan itu tidak dapat membantu Brazil menewaskan Argentina apabila mereka tumbang dalam masa tambahan dengan jaringan 1-3.

Piala dunia futsal 2020 kali ini akan berlangsung tanpa kehadiran lagenda futsal Brazil iaitu Falcao yang telah bersara pada edisi yang lepas. Namun generasi baru futsal Brazil ini masih lagi akan dijadikan sebagai antara pilihan utama kejohanan disamping juara bertahan Argentina dan jaguh eropah seperti Sepanyol. Piala dunia futsal 2020 akan berlangsung pada 12 September sehingga 4 Oktober.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart
Subscribe Now & Unlock 10% Discount! Don't miss out on amazing deals! Click the 'Subscribe' button to receive an exclusive 10% discount on your next purchase. Stay updated with the latest offers and promotions from us! No Subscribe